Monday 6 April 2015

Khilaf

Assalammualaikum,

Menuju kebahagiaan bukannya sesuatu yang mudah. Tampak senang namun kenyataanya payah.. Telah banyak kali aku mencubanya. namun seringkali aku kecundang. Bukan simpati yang daku pinta. Hanyalah sokongan yang kuinginkn..

Wednesday 24 December 2014

Seteguh Hati

Assalammualaikum...

Cuba merenungkan setiap kekhilafan diri dimasa lalu.. Ya Allah terasa teramat malu dengan diri ini.. Namun Allah masih memberikan diri ini peluang untuk berubah.. Setiap hari yang mendatang aku cuba untuk hadapi dengan penuh tabah.. Walaupun aku mengerti bahawa diri ini tidak terlalu kuat untuk menghadapinya.. Ya Allah... Terasa lemah sungguh lutut ini... Kegembiraan semalam terlupa sejenak kerana memikirkn masalah yng dihadapi.. Tetapi aku sembunyikn masalah itu.. Dengan satu senyuman mampu menyembunyikn segala masalah..

Aku tahu aku perlu kuat untuk keluarga aku.. Cukup sekali aku pernah hidup susah.. Ibu aku terpaksa keluar bekerja untuk menyara aku adik beradik.. Alhamdulillah kami kini sudah senang... Allah bantu kami sekeluarga.. Berbekalkn azam di diri dan doa Alhamdulillah kami tempuhi dengan kuat..

Kini aku pun turut cuba untuk lebih mengenali siapa penciptaku.. InsyaAllah aku akan lbih kuat menempuh segala jurang cabaran..

Allahhumma Amin

Sorry

Assalammualaikum... Maaf lama menghilangkan diri...

Saturday 26 July 2014

Ampun Maaf Dipinta

Andai maaf ini umpama memetik buah di pokok alangkah indahnya.. Andai pinta ini dapat ditunaikn umpama membeli kurma fi bazaar alangkah indahnya.. Rakan rakan ampun maaf saya pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. Bnyk khilaf diriku ini...

Wednesday 3 April 2013

Jika Ini Takdir

Assalammualaikum Salam Sejahtera Salam 1Malaysia,
      Apa khabar semua.. Harap sihat sihat belaka... Hari ni punya tajuk "JIKA INI TAKDIR" apa kena mengena tajuk ni dengan aku?? Aku pun kurang pasti...

Andai hari ini aku tidak sempat untuk bertemu dengan mu, andai hari ini hari terakhir aku melihat wajahmu, andai ini yang aku takutkn selama ini... Aku mohon pada mu Tuhan Semesta Alam agar aku diberikan kekuatan untuk menempuh segala cabaran dalam hidup ini.. Aku tahu siapa diri aku, aku sedar siapa aku, aku tahu banyak beza aku dengan orang diluar sana... Namun aku redha dengan ketentuannya... Kerna walaupun aku hidup seperti ini namun aku tetap masih boleh bernafas masih boleh menulis, masih boleh belajar... Walaupun tiada ayah disisi walaupun jarang sekali ibu berada disisi ketika aku membesar namun tak pernah terdetik untuk aku putus harapan.. Kerna walaupun mereka jauh dari mata namun mereka tetap ada dihati ini... Tiada insan yang paling aku hormati, yang aku sanjungi, yang aku kagumi selepas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... Walauapapun yang ayah ku lakukan pada diriku namun aku tetap anaknya.. Dia tetap aku hormati dia tetap aku sanjunggi... Tanpa dia tiada aku disini... Aku mengerti kenapa ada waktu ibu melenting kerna ibu sayang akan diriku... Pernah satu masa dahulu aku memberontak,, aku merajuk bila ibu memarahiku.. Namun bila aku meningkat remaja sedikit demi sedikit aku mulai faham... Aku satu satunya anak lelaki dalam keluarga ku.. Aku merupakan seorang Khalifah yang Allah jadikan didunia ini... Aku haruslah menjadi seorang yang berjaya kerna bila aku dewasa menjadi tanggungjawab aku menjaga ibu dan kakak ku.. Aku harus menjadi teladan pada anak anak aku nanti... Setiap dugaan atau rintangan aku tahu Allah ingin menguji aku... Allah ingin aku belajar cara menanganinya... Aku harus tabah,sabar,kuat dan mampu menerima segala cabaran dengan tenang... Aku tahu setiap yang apa yang berlaku Allah telah tetapkan dan ianya baik untuk aku... Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..


Tuesday 19 March 2013

Hello :)

Assalammualaikum salam 1malaysia dan salam perak aman jaya,
   Apak  khabar semua.. Sorry sbb lme tak update... Study untuk exam dan PMR...hahahhahaha banyak jugak aku nk kongsi tpi masa tak mengizinkan... Andai ade masa terluang Insyaallah aku akan update blog ni... Now the first task... Amboi speaking hahahahaha... Tugasan pertama ialah bersehkan sawang sawang dalam blog ni... Dah berhabuk aku tengoknye...hahahhaahahha... Korang pun awat malu benor nak tegur aku... Aku tak makan orang la... Kat sekolah banyak jugak perkara2 yang suka dan duka berlaku...Pasal Little Monster aku tuw lgi..... Banyak jugak perkara yang perlu diselesaikan.. Apa2 pun solat tetap penting... Tiada sebaik baik penyelesai masalah selain Allah yang maha Esa...... Okay la korang aku nk study dah... Wish Me The Best...
   Assalammualaikum....

Friday 4 January 2013

Hahahahahah

Assalammualaikum Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
    Apa khabar semua? Sihat? Aku sihat Alhamdulillah. Sorrylah korang lama x update. Busy sikit tahun ni aku PMR so kene focus dalam pelajaran. Apa apa pun kalau ade masa aku updatela. Aku pun x tau nak update ape hari ni. Korang semua ce bagi idea bernas skit....hahahahahaha kay lah bye......